Sunday 25 November 2012

Cobaan Guru

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KEMAHIRAN                                   OBJEKTIF                                         SISTEM BAHASA
-membaca                                            -kognitif                                              -tatabahasa
-menulis                                               -efektif                                                 -intonasi
-mendengar                                         -psikomotor                                         -kosa kata
                                                                                                                        -peribahasa



ELEMEN                                                                                                        STRATEGI    
MERENTAS                                 FALSAFAH PENDIDIKAN                 PENGAJARAN
KURIKULUM                                      KEBANGSAAN                             -aktiviti
-Kajian Tempatan                                                                                           -pengetahuan
-Kesusasteraan                                                                                                  sedia ada
-Keusahawanan
-Kreatif dan inovatif
-Teknologi


PENGISIAN                                                  BBM                                       NILAI                        
KURIKULUM                                               -kad gambar                            -kebebasan
-ilmu                                                                -CD                                        -patriotisme
-kewarganegaraan                                           -akhbar                                    -kesyukuran
-sosiobudaya                                                   -buku teks
-kemahiran bernilai
  tambah

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM (BMMK) Pengenalan
Penggunaan bahasa dalam penguasaan dan penyampaian ilmu oleh murid-murid dalam bidang sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagianya adalah satu kemestian. Tanpa bahasa,apa sahaja aktiviti yang melibatkan proses-proses penguasaan dan penyebaran ilmu tidak mungkin dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna. Bahasa bukanlah media yang pasif untuk menerima pelajaran, sebaliknya bahasa adalah alat penting untuk membentuk dan menyampaikan konsep-konsep utama sesuatu pelajaran . Oleh tu, pemerolehan ilmu bukanlah melalui bahasa, tetapi berlaku dengan bahasa.
Oleh itu, Bahasa Melayu Merentas Kurikulum perlu diberi perhatian yang serius dan dijadikan dasar dalam sistem pendidikan. Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulm (BMMK) adalah disesuaikan daripada idea ³Language Across the Curriculum´ yang lahir daripada kajian jawatankuasa Bullock (1975). Perakuan 138 dan 139 dalam laporan jawatankuasa tersebut menekankan kepentingan bahasa dalam pembelajaran dan kurikulm sekolah.
Menurut perakuan 138, ada ditegaskan bahawa semua guru mata pelajaran perlu sedar akan keupayaan murid-murid memperoleh maklumat dan pemahaman tentang sesuatu ilmu melalui proses linguistik dan implikasinya adalah bahasa yang digunakan oleh guru itu sendiri sebagai teladan. Selain itu, permintaan untuk pembacaan bahan ilmiah perlu dipenuhi dan disediakan untuk murid-murid.
Perakuan 139 pula mengesyorkan supaya setiap sekolah perlu mempunyai dasar bahasa merentas kurikulum bagi memastiakn keberkesanan ilmu pengetahuan dalam bahasa yang sistematik. Tanggungjawab terhadap dasar ini perlu disepadukan ke dalam struktur organisasi sesebuah sekolah.
Perakuan daripada Laporan Bullock ini menunjukkan betapa pentingnya proses linguistik untuk penguasaan maklumat di kalangan murid. Seterusnya Laporan Bullock memperakukan keperluan satu dasar bahasa merentas kurikulum yang dipertanggungjawabkan dalam satu prsarana yang kukuh pada peringkat sekolah.
Ekoran daripada Laporan Bullock (1975) itu, banyak lah kajian dan penyelidikan yang dibuat tentang bahasa merentas kurikulm. Di anataranya termasuklah penyelidikan yang dilakukan oleh :
  1. Michael Marland (1977) yang mengatakan bahawa pembelajaran mata pelajaarn akan lebih berkesan jika pihak sekola mancari idea, pemikiran dan waktu untuk membantu perkembangan bahasa murid-murid.
  2. Halliday , M.A.K (1985) pula merujuk kepada varisi dalam bahasa sebagai laras (register variataion) yang mana, cirinya menumpu kepada struktur bahasa termasuklah gaya yang sesuai bagi mata pelajaran tertentu. Conyohnya, guru sains mencadnagkan laporan sains yang dimulakan dengan eksperimen , diikuti alatan yang digunakan, aplikasi kaedah, keputusan daripada pemerhatian, dan diakhiri dengan perolehan prinsip-prinsip.
  3. Makhan L. Tickoo (1986) yang menyatakan bahawa bahasa merentas kurikulum adalah untuk meningkatkan mutu penggunaan bahasa di sekolah.
Rasioanal Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
Di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Konsep BMMK lebih tertumpu kepada aspek penggunaan bahasa Melayu yang bermutu sebagai bahasa penagantar yang unggul dan dinamis untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kurikulum sekolah. Untuk mengetahui bahasa sahaja belum mencukupi, tetapi penguasaan bahasa mestilah mencapai peringkat penghayatan. Ada beberapa faktor mengapa usaha perlu digemblengkan kearah meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Antaranya :
  1. Proses pembakuan bahasa Melayu membawa perubahan yang amat pesat dalam ssistem ejaan, perkamusan, tatabahasa, dan pengistilahan ilmu pengetahuan supaya pengunaan bahasa Melayu tidak ketinggalan di belakang.
  2. Pembentukan sistem ejaan baru pada awak tahun 1970-an tidak dapat dimasyarakatkan sepenuhnya sepenuhnya kerana sehingga kini masih terdapat kesalahan ejaan di papan-papan kenyataan dan dalam penulisan akademik.
  3. Penciptaan istilah bahasa Melayu berlaku dengan pesat sekali untuk mengungkapkan segala bidang ilmu diajarkan.
  4. Sikap suka tidak merujuk kamus juga menyebabkan penuturan bahasa Melayu masih tidak lagi menggunakan khazanah perbendaharaan kata dan kosa kata yang sudah ada dalam kamus sejak awal tahun 1970-an.
  5. Wujudnya bahan-bahan bahasa Melayu yang kurang bermutu dari segi ejaan, tatabahasa serta tidak selaras dalam penggunaan istilah. Penggunaan bahasa Melayu yang kurang bermutu member impak terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam system pendidikan kita.
Perlaksanaan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
Konsep bahasa Melayu merentas kurikulum dalam sistem pendidikan merangkumi aspek penggunaan bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar yang unggul dan dinamis untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi setiap mata pelajaran. Keselarasan dan keseragaman dalam penggunaan bahasa Malaysia diharap akan dapat memperkukuh dna memantapkan identiti bangsa dan negaramelalui saluran pendidikan.
Perlaksanaan Bahasa Melayu Merentas Kurikulum dalam KBSM sudahpun bermula pada tahun
1988. Melalui orientasi bahasa Melayu dan semua mata pelajaran KBSM, pada peringkat pusat, para kakitangan sumber didedahkan dengan konsep dan strategi BMMK yang melibatkan tiga aspek penting iaitu guru, murid dan bahan.
GURU
  1. Guru sebagai model kepada murid di mana guru perlu meningkatkan kecekapan berbahasa supaya dapat menyampaikan pengajaran denagn bahasa yang bermutu, tepat, dengan gaya yang laras serta gramatis.
  2. Guru hendaklah meninggalakan amalan mengutamakan penyampaian fakta dan isi sesuatu mata pelajaran tanpa mengambil kira mengira bahasa yang digunakan.
  3. Guru perlu mengambil berat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang bermutu dan sentiasa peka terhadap perubahan istilah.
  4. Guru harus peka penggunaan bahasa yang digunakan oleh murid-murid.
  5. Guru haruslah membetulkan kesalahan bahasa atau ketidaksesuaian bahasa dengan ilmu yang hendak disampaikan.
Murid
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sepatutnya memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan bahasa secara meluas supaya kecekapan berbahasa dapat ditingkatkan dalam penguasaan ilmu, nilai dan sahsiah diri murid. Ini termasuklah:
  1. Mengadakan aktiviti berasaskan kerjasama bagi menggalakkan bahasa Melayu di kalangan murid seperti aktiviti berkumpulan, simulasi, main peranan dan sebagainya.
  2. Menggalakkan murid menggunakan bahasa Melayu dengan mengamalkan kemahiran belajar dan berfikir untuk mendapatkan maklumat.
  3. Mengembangkan sesuatu daripada pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid melalui aktiviti yang dilakukan sebelum dan selepas pelajaran sebagai aktiviti pengukuhan dan lanjutan.
  4. Mewujudkan suasana pembelajaran yan g selesa supaya murid berminat dan berani mengemukakan soalan serta menjawab penuh yakin menggunakan bahasa Melayu.
  5. Menggalakkan murid menggunakan bahan sumber seperti indeks, glosari, kamus, akhbar, majalah dan lain-lain.
Dengan terbentuknya suasana pembelajaran yang mendorong penggunaan bahasa secara meluas, secara tidak langsung murid-murid akan berpeluang memperbaiki dan meningkatkan kecekapan berbahasa . Pada masa yang sama, guru perlu membuat penilain terhadap kerja murid, meneliti aspek berbahasa murid dan memperbaikinya secara berperingkat.
Bahan
Penggunaan bahan yang sesuai ada kaitan dengan guru dan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran.
  1. Bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dipastikan mempunyai nilai bahasa yang betul, gramatis dan tepat.
  2. Sumber rujukan pula daripada buku-buku ilmiah, majalah, akhbar, dan buku teks perlu diteliti gaya bahasanya supaya selaras dan sesuai.
  3. Guru perlu terlebih dahulu memperbaiki bahasa dalam bahan-bahan sumber tertentu dan membuat perbincangan dengan murid mengenai kesusuaian bahasa yang digunakan.
Penutup
Setiap guru haruslah menguasai bahasa Melayu dengan baik bagi melaksanakan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum di bilik darjah dan sekolah. Guru merupakan tunjang yang dipertanggungjawabkan menyediakan landasan bahasa yang kukuh kepada murid-murid supaya dapat menyambung usaha perkembangan bahasa denagn lebih pesat. Ini kerana ,
³semua guru adalah guru bahasa´.
Bagi guru yang belum menguasai bahasa Melayu yang bermutu, mereka masih berpeluang mengikuti kursus, bengkel, seminar, dan membaca buku-buku tentang tatabahasa dan jurnal bahasa yang terkini agar dapat melaksanakan konsep BMMK secara berkesan demi memartabatkan bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan , bahasa ilmu dan bahasa rasmi negara.
Istitusi pengajian terutama sekolah hendaklah mengambil tempat di barisan hadapan dalam usaha melaksanakan dasar dan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum demi keberkesanan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pelbagai mata pelajaran

Bahasa Melayu Rentas Kurikulum

Oleh Nazmi Yaakub
2010/07/27
MAJLIS Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM), Melaka, baru-baru ini, mendesak mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan subjek yang merentasi kurikulum sehingga semua guru mempunyai tanggungjawab dalam mengangkat bahasa itu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan.

Ini kerana majlis anjuran Biro Akademik Kelab Staf dan Jalan Pengajian Melayu IPGKPM itu menegaskan bahasa Melayu sudah bertindak sebagai bahasa yang merentasi etnik sejak zaman kegemilangan kerajaan dan kesultanan Melayu pada abad ke-7, selain didukung kepentingan integrasi nasional dalam konteks masa kini.

Kira-kira 400 pelajar IPGKPM dan guru seluruh negeri itu, diberitahu bahasa Melayu menjadi bahasa kerajaan, perdagangan, pengajian agama dan lingua franca kepulauan Melayu di bawah kerajaan Srivijaya sehingga mencapai kegemilangan pada Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-13 hingga ke-19 yang fungsinya diperluas kepada bahasa pentadbiran dan diplomasi, undang-undang dan tatanegara, ilmu dan falsafah serta bahasa sastera tinggi.

Penyandang Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University, Prof
Dr Awang Sariyan, berkata bahasa Melayu yang merentasi kurikulum itu bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, selain selaras dengan matlamat pendidikan bahasa untuk membina sahsiah dan jati diri.
Pendidikan bahasa perlu ditekankan sebagai wasilah ilmu kerana pengasingan pendidikan bahasa daripada ilmu menyebabkan seolah-olah perumpamaan yang diungkapkan dalam al-Quran terhadap rahib yang tidak mengamalkan ilmu seperti keldai yang memikul kitab.

Oleh itu, sifat pendidikan bahasa merentasi kurikulum perlu diperjelas dan dipraktikkan dalam amalan pendidikan kerana nampaknya hal terbabit seperti juga nilai murni, kreatif dan kritis seolah-olah tidak lagi bersifat begitu, katanya ketika memperkatakan Merekayasakan Pendidikan Bahasa Melayu dalam Menghadapi Tantangan Sezaman.

Prof Awang berkata, penekanan bahasa Melayu yang merentas kurikulum tidak boleh dianggap hanya menguntungkan orang Melayu, sebaliknya sejarah kerajaan di rantau ini membuktikan keupayaannya merentas etnik sehingga kerajaan Ternate yang bukan kerajaan Melayu, tetapi menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung dengan Belanda.

Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa penting dalam bidang diplomatik sehingga banyak warkah dan perjanjian yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi, sama ada antara kerajaan Melayu dengan kerajaan bukan Melayu di alam Melayu atau antara kerajaan di Alam Melayu dengan kuasa luar seperti China dan Barat.

Dalam konteks semasa pula, bahasa Melayu juga dapat menghubungkan rakyat berbilang kaum di negara ini yang memerlukan satu bahasa yang dapat difahami termasuk dalam urusan pentadbiran kerajaan, katanya pada majlis yang dipengerusikan Pensyarah IPGKPM, Azman Rahmat.

Justeru, Prof Awang meminta pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan dimantapkan semula bermula pada peringkat prasekolah hingga pengajian tinggi dengan memberi penegasan kepada usaha pembudayaan bahasa itu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang penting.

Pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996.

Aspek kedua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan pengajaran dan pembelajaran, sukatan pelajaran, buku teks dan bacaan tambahan serta kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa sembang internet dan bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras, katanya.

Ketika menjawab pertanyaan peserta mengenai tuduhan bahasa Melayu berasal daripada tiga perkataan, iaitu beras, babi dan besi, Prof Awang menganggap ia sebagai khurafat bahasa yang menjadi serangan psikologi untuk memusnahkan martabat bahasa Melayu.

Tidak mungkin dengan tiga perkataan itu, bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa yang hebat di dunia sehingga berperanan sebagai lingua franca antara kerajaan dalam sejarah rantau ini. Memang kita akui bahasa Melayu juga mengambil perbendaharaan kata daripada bahasa lain.

Bagaimanapun langkah itu bersebab dan manfaat serta mengelakkan daripada menjadi bahasa beku yang sebenarnya bukan asing dalam konteks bahasa utama dunia seperti bahasa Inggeris yang menyerap 65 peratus kosa kata bahasa asing, katanya pada majlis yang turut dihadiri Pengarah IPGKPM, Noor Hayatee Md Noor; Pengerusi Kelab Stafnya, Sazali Kadlan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayunya, Mohamad Zaki Ab Majid.

Pengertian Objektivisme dan Konstruktivisme dan perbezaan antara kedua-duanya.

            Konstruktivisme merupakan proses pengajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan ini dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya. Pembelajaran konstruktual merujuk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan isi pengajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Dalam pembelajaran konstruktual, pelajar akan melalui satu atau lebih bentuk pembelajaran yang dkenali sebagai REACT iaitu:
            - R (relating / menghubungkait)
            - E (experiencing / mengalami)
            - A (applying / mengaplikasikan)
            - C (cooperating / bekerjasama)
            - T (tranfering / memindahkan)
            Konstruktivisme adalah berpusat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid hadir ke sekolah dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman yang pelbagai. Oleh itu tugas guru menambah baik dan memberi idea baru. Kemungkinan murid akan menerima pandangan baru atau menolak pandangan tersebut berdasarkan kesesuai dengan pengetahuan dan kesesuaian kepada murid tersebut. Idea baru dibina sendiri oleh murid setelah disuaikan dengan pengalaman lampau dan idea sedia ada.
            Asas konstruktivisme ialah:
            -Murid membina , meruntuh dan membina semula pengetahuan mereka
            -Membina, meruntuh dan membina semula suatu pembelajaran
            -Pembelajaran berlaku apabila murid menyusun semula idea sedia ada dengan
 menghubungkaitkan idea baru dengan lama.
            Pembelajaran berpusat murid memberi ruang untuk murid terlibat aktif dalam bilik darjah. Murid akan belajar dengan lebih minat dan dapat membina pengetahuan dengan usaha mencari sendiri pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia ada murid sendiri. Gabungan pengetahuan sendiri, idea lama dan idea baru memberi murid ilmu pengetahuan baru. Di sinilah murid belajar dengan cara yang menyeronokkan.
            Pembelajaran konstruktivisme menjadikan guru sebagai model peranan, jurulatih, perancah, pembimbing, pengawal, penunjuk ajar dan pemerhati. Murid melakukan aktiviti kendiri manakala guru membantu murid.
            Objektivisme adalah pengajaran berpusat guru. Guru merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran. Guru menetapkan objektif apa yang mahu dicapai oelh murid. Guru mahu memastikan murid mencapai objektif ekplisit dan implisit. Guru perlu merancang pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan aras pengetahuan murid. Guru akan menetapkan satu sasaran seperti sepuluh soalan yang perlu murid jawab dan murid akan mencapai sasaran mengikut aras kebolehan. Objektif yang akan dicapai oleh murid talah ditetapkan dalam perancangan pengajaran.
            Guru akan mengawal dan meaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid hanya mengikut arahan dan memberi maklum balas apa yang diajar oleh guru. Murid melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Kebanyakan aktiviti adalah iktiviti individu. Guru akan dapat mengetahui kebolehan, kemahiran dan aras pengetahuan murid melalui pengajaran berpusat guru. Ini kerana murid akan menunjukkan kemahiran individu.

Friday 23 November 2012

Konsep Tatabahasa (Morfologi & Sintaksis)

Pendahuluan:
Secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al.,2004). Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Anda juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Hal ini demikian kerana kedua-duanya adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Tatabahasa:
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna. Plato (429-347) menerangkan kata nama sebagai noun dan perbuatan adalah verb. Ayat sebagai ucapan juga mempunyai fikiran yang lengkap. Empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah yang berdasarkan logika.
Keperluan, pertumbuhan dan perkembangan tatabahasa di dalam pengajian pendidikan dan masyarakat umum telah mula sejak zaman berzaman lagi sehinggalah sekarang. Antara tokoh-tokoh penulis tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu ialah Shellabear (1899) menulis "A practical Malay Grammar", Adam & Butler (1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo (1901) menulis "Malaisch Grammatica" dan R.O.Winstedt (1913) menulis buku tatabahasa "Malay Grammar".

Di Malaysia, "Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah buku tatabahasa paling luas digunakan bagi memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini beliau juga menghasilkan Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu (1950). Di Universiti Malaya, buku karangan Lufti Abas (1971) "Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu" telah menjadi rujukan. Buku ini telah membincangkan tentang linguistik dan bahasa, nahu, fonetik, fonologi, sintaksis dan nahu tranformasi-generatif bahasa Melayu.
Hasil tulisan Abdullah Hassan (1980) dalam buku "Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia" telah juga menerangkan tentang konsep tatabahasa dan menghuraikan dengan jelas kompenan-kompenan nahu tranformasi. Begitu juga dengan buku tulisan Lim Kiat Boey (1975) bertajuk "An Introduction to Linguistics for the Language Teacher" yang menerangkan konsep-konsep dan peraturan-peraturan tatabahasa tranformasi-generatif

Morfologi:
Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata, serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata. Di dalam morfologi, morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata tersebut terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya makanMakan  tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada ma dan kan. Sebaliknya, kata dimakan boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di  dan makan. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Mofem boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu morfem bebas dan morfem terikat / imbuhan.
Morfem Bebas
Morfem Terikat / Imbuhan
Boleh berdiri sendiri
Contoh: Makan, lari, jalan, rumah.
Mempunyai makna sendiri
Bentuk imbuhan ber, mem, di, kan.
Tidak mempunyai makna tetapi mengandungi fungsi tatabahasa atau nahu yang boleh mengubah makna sesuatu kata seterusnya makna ayat.

                                                                                                                                      
Morfem terikat/imbuhan:
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
•Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
•Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
•Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
•Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam permainan.

Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM → PERKATAAN → FRASA → KLAUSA → AYAT

Kata boleh dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan seperti dalam gambarajah di bawah.
 Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar:
•Kata nama
•Kata kerja
•Adjektif
•Kata tugas.

Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik.

Kata nama:
            Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.

Kata kerja:
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Adjektif :
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Kata sendi:
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

Kata hubung:
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

Kata seru:
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.

Kata Tanya:
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana, bagaimana, siapa dan berapa.

Kata perintah:
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan

                                                                                     
Sintaksis:
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.
Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:
-          Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat;
-          Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayatseruan;
-          Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
-          Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang;
-          Binaan dan proses penerbitan ayat:
-          Ayat dasar;
-          Ayat tunggal; dan
-          Ayat terbitan atau ayat majmuk.

Ayat:
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh: Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu:
 (i) Ahmad sedang dan
(ii) membuat kerja rumah.
Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
1.Ayat penyata:
•Ayat transitif dan ayat intransitif
•Ayat aktif dan ayat pasif
•Ayat sungsang
•Ayat nafi
•Ayat inti dan ayat gabungan
2.Ayat perintah
3.Ayat tanya
4.Ayat seru

Ayat aktif:
•Ayat aktif dengan kata kerja transitif
•Ayat aktif dengan kata kerja pasif

Ayat pasif:
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya:
•Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
•Perkara itu sudah diselesaikan,
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".                                                   
Ayat perintah:
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah                      Contoh penggunaan
1. Perintah                           Berdiri di atas kerusi itu.
2. Suruhan                           Ikat tali kasut kamu dengan betul.
3. Larangan                         Jangan bermain di tepi sungai.
4. Permintaan                      Tolong angkat kain di jemuran itu.
5. Ajakan                             Mengucaplah banyak-banyak.
6. Silaan                              Sila masuk.
7. Doa                                             Syukurlah kamu sudah sampai.
8. Harapan                           Harap-harap hari ini panas.

Ayat nafi:
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
•Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
•Asmah bukan jururawat, tetapi doktor.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
1.Bukankah orang itu abang kamu?
2.Tidakkah kamu ingin menyertai pertandingan itu?

Frasa sendi:
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
1.Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
2.Saya bukan dari sektor kerajaan.
3.Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
Ayat Tanya:
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
1.   Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata:
Ayat penyata
Ayat Tanya
Tetamu sudah tiba.
Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak.
Buah itu sudah masak?
Mereka hendak datang.
Mereka hendak datang?


Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

2.    Menggunakan partikel "kah":
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disongsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:
Ayat penyata
Ayat Tanya
Tetamu sudah tiba?
Sudah tibakah tetamu?
Buah itu sudah masak?
Sudah masakkah buah itu?
Mereka hendak datang?
Hendak datangkah mereka?


Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

 Menggunakan pelbagai kata:
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.
Kata
Ayat Tanya
Tanpa partikel ‘kah’
Dengan partikel ‘kah’

Ada
-
Adakah cara saya ini betul?
Apa
Apa yang kamu beli tadi?
Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana
Bagaimana kamu melepaskan diri?
Bagaimanakah kamu melepaskan diri?
Bila
Bila kamu pulang?
Bilakah kamu pulang?
Mengapa
Mengapa kamu lewat hari ini?
Mengapakah kamu lewat hari ini?
Mana
Mana buku kamu?
Manakah buku kamu?
Siapa
Siapa nama abang kamu?
Siapakah nama abang kamu?


Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

4.    Kesalahan yang biasa berlaku:
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:
•Tetamu sudah tibakah?
•Buah itu sudah masakkah?
•Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
•Tetamu sudah tibake?
•Buah itu sudah masakke?
•Mereka hendak menolong kitake?
                                                                                                                                   
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

 Ayat songsang:
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:

AYAT BIASA                        → SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG            → PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF                         → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat

Susunan biasa
Susunan songsang
Ayat inti
Encik Ali usahawan
Usahawanlah Encik Ali
Kuda itu ke sana.
Ke sana kuda itu.
Ayat tanya
Orang itu abang kamu?
Abang kamukah itu?
Kamu sudah makan?
Sudah makankah kamu?
Ayat pasif
Hadiah itu akan saya hantarkan.
Akan saya hantarkan hadiah itu.
Saya ketinggalan keretapi pada hari itu.
Ketinggalan keretapi saya pada hari itu.


Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
                                                                                                                                   
Ayat inti:
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan:
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
Jenis ayat gabungan

Ayat komponen
Ayat gabungan
Ayat dengan ayat
Abu rajin bekerja.
Majikan menaikkan gajinya.
Abu rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya.
Subjek dengan subjek
Ali suka makan durian.
Abu suka makan durian.
Ali dan Abu suka makan durian.
Predikat dengan predikat
Mereka menghadiri kenduri itu.
Mereka menganggap kenduri dapat mengeratkan perhubungan.
Mereka menghadiri kenduri itu kerana mereka menganggap kenduri itu dapat mengeratkan perhubungan.
Adverba dengan adverba.
Saya akan datang esok.
Jika tidak jadi, saya akan datang lusa.
Saya akan datang esok atau lusa.
Objek dengan objek.
Ibu membeli daging di pasar.
Ibu membeli ayam di pasar.
Ibu membeli daging dan ayam di pasar.
Ayat gabungan dengan kata hubung yang berpasangan

-
Sedangkan dia tidak dapat memasuki universiti itu, apatah lagi saya.


Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
-Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Ali.
-Ali tidak percaya.

Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan:
-Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Ali, tetapi Ali tidak percaya.

Ayat pancangan:
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
-Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
-Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.

Penutup:
            Penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu amat luas dan kadangkala berlaku kesalahan penggunaan ayat disebabkan menjadi kebiasaan dalam pertuturan atau bahasa pasar. Oleh itu, pembacaan dan merujuki buku tulisan ilmuan bahasa dapat memperbetulkan penggunaan bahasa.