Thursday, 4 April 2013

Etnik Jawa

1.         PENDAHULUAN:

            Orang-orang Jawa pada asalnya adalah merupakan petani yang mengerjakan sawah padi, akan tetapi kegiatan pertanian mereka berubah setelah mereka menetap di Semenanjung ini mengikut kesesuaian tanah yang diterokainya. Dari faktor inilah mereka adalah orang-orang yang mudah menyesuaikan dengan keadaan, di mana dari aspek senibinanya juga berkait rapat dengan sifat mereka 'yang sedemikian. Orang-orang Melayu keturunan Jawa mungkin telah tiba di Semenanjung ini lama dahulu. Kemungkinan semasa pemerintahan Parameswara di Melaka, baginda turut membawa orang-orang Jawa bersama mereka dan dalam jangkamasa yang begitu lama mereka telah dianggap sebagai bukan orang yang mendatang ditambah pula agama yang dianuti adalah sama dengan orang-orang tempatan.
            Berlakunya migrasi sub-etnik Melayu dari seluruh Alam Melayu terutama dari Indonesia, etnik serumpun yang semuanya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan dan adat resam Melayu (Fuziah Shaffie, 2001: 259). Migrasi bermula sejak abad ke-15 dan etnik Jawa sebagai masyarakat perdagangan di zaman Kesultanan Melayu Melaka telah meninggalkan Melaka apabila ia dijajah oleh Portugis. Mereka berhijrah semula di abad ke-19 di negeri Selat sebagai pedagang kecil, kelasi dan orang gaji. Berhijrah ke Johor, Selangor dan Perak sebagai peneroka. Etnik Minangkabau dari Sumatera Barat telah bermastautin di Negeri Sembilan sejak abad ke-14. Abad ke-17 orang Bugis dari Sulawesi pula bermastautin di Selangor, Perak dan Johor. Dari segi komposisi dan bilangan penduduk Indonesia yang berhijrah ke Malaysia, etnik Jawa merupakan kumpulan terbesar. Dalam tahun 1930, jumlah mereka lebih dari 17,000 orang, kemuudian diikuti oleh etnik Minangakabau, Banjar dan Bugis (Fuziah Shaffie, 2001: 263).
            Sekiranya diteliti kebudayaan Kelantan masa kini terdapat unsur-unsur yang kebudayaannya banyak menyerupai dengan kebudayaan orang-orang Jawa, umpamanya wayang kulit, permainan wau (Layang-layang) seni membuat batik dan juga cara pertuturan, di mana terdapat beberapa perkataan yang sama atau seakan sama sebutan dan ertinya. Terdapat sebuah masjid (Masjid Kampung Laut) di mana bentuknya hampir sama dengan sebuah masjid di Demek, Jawa Tengah. Faktor ini mungkin ada kaitan dengan kesultanan Raja-Raja Negeri Kelantan yang mempunyai kaitan dengan Raja-Raja di Jawa.
           Kebanyakan dari mereka yang berhijrah ke Semenanjung tidak terus mengusahakan tanah di mana mereka mula-mula bertapak. Mereka mengambi1-upah sama ada di ladang-ladang kepunyaan Inggeris atau sebagainya. Ini adalah kerana mereka perlu untuk menyara kehidupan seharian di samping mengumpulkan 'modal' sebelum berupaya membuka tanah.' Setelah dapat membuka tanah biasanya akan dijualkan kepada orang lain terutamanya penduduk tempatan yang lebih berada.



      PROSES PEMBENTUKAN BAHASA.

            Sebagaimana yang biasa dijelaskan bahawa budaya merupakan pembentuk bahasa maka bahasa yang terbentuk ini pun sebenarnya juga merupakan kesepakatan atau konvensi yang mengakar budaya pada suatu komunii yang lebih kecil (mikrosistem). Jika bahasa yang digunakan mikrosistem ini eksis, berkembang dan menyebar maka dapat diterima oleh makrosistem. Sebagai contoh, bahasa Melayu (Riau & Kepulauan Sumatera) yang merupakan dasar pembentukan bahasa Indonesia dapat berkembang karena menjadi lingua franca atau bahasa pergaulan, seperti dalam perdagangan, penaklukan suatu kerajaan (politik), pendidikan dan perkawinan.
            Bahasa Melayu sudah lama digunakan dalam budaya Melayu di wilayah Nusantara, antaranya di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand Selatan (Pattani), Filipina, Vietnam, Kemboja, Kepulauan Pasifik, Sri Lanka, Cape Town, Papua dan Timor Leste. Oleh kerana itu, terdapat lebih dari 300 juta orang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kehidupan sehari-hari. Bahkan bahasa Melayu dikenal sebagai bahasa terbesar keempat di dunia setelah bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Hindi/ Urdu (Asmah, 1998). Kemudian bahasa Melayu ini berkembang sesuai dengan kondisi sejarah, demografi, pendidikan dan politik di setiap wilayah yang menggunakannya (Zack, 2007).
            Dalam bahasa Indonesia sendiri telah mempunyai kesepakatan untuk membakukan bahasa verbal dalam bentuk tulisan (simbol) dan ucapan. Kesepakatan budaya ini yang telah dibakukan dalam Ejaan Yang Disempurnakan (EYD).

3.         BAHASA DALAM LINTAS BUDAYA
           
            Kita tidak dapat menafikan bahawa bahasa sangat terpengaruh oleh budaya. Oleh kerana zaman globalisasi ini maka memungkinkan budaya saling bersinggungan. Persinggungan dan pertemuan budaya inilah yang memungkinkan manusia memasuki alam lintas budaya. Menurut catatan Burgon & Huffner (2002), beberapa perbezaan bahasa dalam lintas budaya dapat terlihat dari;
a.       Perbedaan bahasa non verbal à contoh: ‘anggukan’ dalam konteks budaya Indonesia dengan India, cipika-cipiki (touching) dalam konteks budaya timur dengan barat.
b.      Perbezaan intonasi à contoh: intonasi yang meninggi di Jawa Timur akan dirasa ‘mendikte’ oleh orang yang mempunyai orientasi budaya Jawa Tengah atau Yogyakarta.
c.       Perbedaan pemaknaan bahasa/ kata à contoh: kata ‘butuh’ dalam konteks budaya Indonesia dimaknai sebagai keperluan dan dalam konteks budaya Malaysia dimaknai sebagai alat kelamin.
d.      Perbedaan diksi. Misalnya konteks budaya Jawa Timur cenderung lebih asertif dalam menyampaikan pendapat daripada konteks budaya Jawa Tengah yang cenderung ‘unggah-ungguh’ sehingga diksinya pun berbeza. Contoh: leveling diksi penyebutan ‘kamu’ dalam konteks budaya Jawa Tengah yang berjenjang, iaitu ‘kowe’, ‘sampeyan’, ‘panjenengan’, ‘pangandika’.

3.1. Hal-hal yang Berkaitan dengan Penggunaan Bahasa.

a. Dalam kaitannya dengan lintas budaya, seseorang dapat mengalami cultural shock jika tidak     
    mampu menyesuaikan diri dalam proses komunikasi lintas budaya. Hal ini merupakan hasil  
   penelitian dari Furnham & Bochner (1986).
b. Komunikasi dengan bahasa non verbal membantu penegasan komunikasi verbal lintas budaya
    (Hammer, 1989). Hal ini disebabkan kerana bahasa non verbal lebih universal daripada   
    bahasa verbal.
c.  Dalam era globalisasi ini maka memungkinan terjadinya persinggungan budaya dan bahasa.
    Bahkan memungkinkan terjadinya ‘penjajahan bahasa’ baik melalui penjajahan fisik,  
     pendidikan/ scholarship, bisnis, agama dan lain sebagainya. Dikatakan sebagai ‘penjajahan
     bahasa’ kerana dalam bahasa itu juga termasuk di dalamnya budaya asal dari bahasa tersebut.

Bahasa / Dialek Jawa di Malaysia.

            Mangan/madang          - makan
            Medang                        - minum ringan-ringan
            Warek                          - kenyang
            Turu                             - tidur
            Ngorok                                    - dengkur
            Jokok                           - ambil
            Jangan                         - lauk
            Mampir                                    - singgah
            Monggo-monggo          - jemput masuk
            Nguyuh                                    - buang air kecil
            Ngeseng                       - buang air besar
            Ngompol                      - kencing kat tilam. hehe
            Iwak                            - Ikan/lauk berdaging
            dan banyak lagi.

4.         BUDAYA MASYARAKAT JAWA.

4.1. Barongan.

                   
Tarian Barongan Asal.

            Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.
            Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia. Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak.
            Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling. Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam.
            Tarian Barongan juga menarik kerana terdapat tradisi yang mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang. Ini kerana Tarian Kuda Kepang dipercayai merupakan cara untuk menarik perhatian orang ramai ketika mengembangkan ajaran Islam di Jawa. Dengan itu tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannya merupakan bukti kepentingan tarian Barongan dalam penyebaran syiar Islam ketika itu. Tarian yang dikenali sebagai tarian Barongan yang ditarikan di Malaysia, terutama di Johor turut menyerupai tarian Reog.  Tarian Barongan, memiliki prop yang sama dan utama iaitu topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu burung Merak. Rakyat Ponorogo, Indonesia sangat marah dengan hal ini dan memprotes Malaysia dan menganggap Malaysia telah meniru tarian Reog. Pengamal tarian Reog juga mengancam penghantaran dadak merak ke Malaysia.

Tarian Barongan versi Malaysia beserta Tarian Kuda Kepang ini diamalkan dan boleh dilihat terutamanya di daerah Batu Pahat, Johor.

            Berikutan dengan kontrovesi tersebut, tarian Barongan tidak lagi diketengahkan oleh pihak kerajaan Malaysia

 4.2.      Gong.
.

            Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional
 3.      Kompang.
            Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
            Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
            Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
            Belakang bahagian kompang kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
            Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka. Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

4.4.      Kompang Bengkalis Riau

            Kompang Bengkalis Riau merupakan salah satu tradisi muzik yang menggunakan kompang sebagai medium penjanaan bunyi muzik. Kompang Bengkalis Riau dipercayai berasal dari Kampung Jawa, Muar, Johor, Malaysia. Ia telah berkembang sejak tahun 40-an lalu di bumi Bengkalis, Riau, Indonesia apabila seorang tokoh muzik yang bernama Pak Maun yang pulang dari Muar, Johor ke Bengkalis. Pak Maun lalu dikatakan mengajar alunan muzik kompang kepada abangnya iaitu Muhammad Ali. Apabila ilmu ini diperturunkan ke Muhammad Ali, Pak Maun telah berpindah ke daerah Bantan Tua, iaitu sebuah kampung dipanggil Resam. Bermula dari situlah permainan alat muzik Kompang Bengkalis Riau mula berkembang secara aktif.
5.      Kempling Jawa

Beduk

            Persembahan kempling Jawa yang menjadi tradisi dalam majlis khatan beramai-ramai di daerah itu satu masa dahulu kini dihidupkan semula di Taman Bandar Baru Bukit Gambir, dekat sini, baru-baru ini. Biasanya persembahan kumpulan dengan alatan muzik tradisional itu diadakan pada sebelah malam serta dimeriahkan lagi dengan upacara menepung tawar dan kenduri melibatkan penduduk setempat dalam suasana penuh kekeluargaan. Program tersebut sebagai satu simbolik masyarakat Jawa untuk meraikan anak-anak mereka yang bakal menempuh alam dewasa sebelum dikhatankan beramai-ramai keesokan paginya

4.6.      Seni Cempoling.


            Cem bermaksud bermacam-macam yang boleh ditafsirkan sebagai pemain alat muzik itu dari kalangan mereka yang mempunyai kepelbagaian latar seperti petani, peneroka dan pendakwah, manakala alat yang digunakan juga bervariasi daripada sudut saiz atau jenisnya.
Pul pula bermakna pelbagai jenis manusia berkumpul dan iling-iling yan dipendekkan kepada iling dalam bahasa Jawa bermaksud ingat-mengingat diri sendiri, ahli kumpulan dan masyarakat atau dalam istilah agama, ialah muhasabah dan tazkirah. Seni cempoling menggunakan sembilan alat muzik, iaitu gong ibu dan gong anak yang sebenarnya bersaiz besar tetapi berbeza daripada sudut ketebalannya; kempul dan kempreng yang bentuknya lebih kecil daripada gong; gendang abang dan gendang adik yang tidak jauh bezanya dengan gendang gamelan atau silat untuk menghasilkan bunyi yang bertingkah antara satu sama lain dan eteng-eteng abang serta adik.
            Alat kesembilan ialah tamborin sebagai ganti kepada marakas atau khas-khas kerana orang Jawa dulu menggunakan alat muzik yang diperbuat daripada labu air yang isinya dibuang tetapi kulitnya diambil.Masyarakat Jawa meneroka hutan untuk mencari kehidupan atau sandang tangan yang dalam bahasa Melayu bermakna mencari pakaian dan kehidupan, manakala pada waktu malam pula, mereka berkumpul untuk berhibur sambil beriling-iling dengan lagu yang diambil daripada surah berzanji. Ia dipanggil lagu selawatan yang berasal daripada perkataan selawat kepada nabi junjungan dengan surah berzanji itu sebagai induk yang kemudian diubah suai dengan lagu yang membawa nasihat tetapi masih dalam bahasa Jawa kuno.
            Seni cempoling tidak hanya diberikan nafas baru di Meru, bahkan ia kembali hidup di kawasan penepatan masyarakat Jawa di negara ini seperti di Batu Pahat, Johor dan Bagan Datoh, Perak, selain ia Kampung Bukit Kapar kekal menjadi pusat di Selangor tetapi disebarkan sehingga Banting, Sepang dan Sabak Bernam. Puncak kejayaan mereka apabila seni cempoling yang dibawa masuk masyarakat Jawa itu kembali ke gagang atau tanah leluhur apabila Siri Cempuling Era Baru Kampung Bukit Kapar mempersembahkan seni itu di Solo, Indonesia pada 1988 dan 1993, selain pernah dibawa ke Medan dan Riau di Sumatera serta Thailand.
"Apabila masyarakat di Indonesia mendengarnya, mereka dapat menikmati iramanya tetapi agak terperanjat apabila mendengar seni kata yang dilagukan dalam bahasa Melayu.







4.7.      Kuda Kepang.


            Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan. Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
            Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.
            Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

4.8.      Senibina Masyarakat Jawa.
Masjid Demak
            Seni bina Jawa-Melayu adalah bentuk klasik seni bina masjid tradisional Indonesia dan Malaysia. Tidak seperti masjid di Timur Tengah ia dibina dari balak. Atap bertingkat kayu disokong oleh tiang kayu jati. Bentuk seni bina masjid ini umum dalam sfera budaya Jawa, Sunda dan Melayu di Indonesia dan Malaysia. Kadang-kadang masjid moden dengan seni bina Jawa-Melayu menggunakan bahan atau logam seramik sebagai bahan atap masjid dan batu-bata sebagai bahan bangunan utama.

Masjid lama di Teluk Intan, Perak ini menggabungkan ciri-ciri Melayu lama dengan Timur Tengah.
Masjid yang mempunyai ciri-ciri Melayu lama Perak ini terletak di dalam sebuah estet. Kawasan ini pernah menjadi bandar malah ibu negeri Perak awal abad ke 19.



Ada sesuatu yang menarik tentang masjid lama ini yang terletak berdekatan sempadan negeri Selangor-Perak, berhampiran bandar Tanjung Malim.


4.9.      Seni Silat.
            Perkembangan silat secara historis mulai tercatat ketika penyebarannya banyak dipengaruhi oleh kaum penyebar agama Islam pada abad ke-14 di nusantara. Kala itu pencak silat diajarkan bersama-sama dengan pelajaran agama di surau atau pesantren. Silat menjadi sebahagian dari latihan spiritual.

            Dalam budaya beberapa suku bangsa di Indonesia, pencak silat merupakan bahagian tidak terpisah dalam upacara adatnya. Misalnya kesenian tari Randai yang tak lain adalah gerakan silek Minangkabau kerap ditampilkan dalam berbagai perhelatan dan acara adat Minangkabau. Dalam prosesi pernikahan adat Betawi terdapat tradisi "palang pintu", iaitu peragaan silat Betawi yang dikemas dalam sebuah sandiwara kecil. Acara ini biasanya digelar sebelum akad nikah, iaitu sebuah drama kecil yang menceritakan rombongan pengantin pria dalam perjalanannya menuju rumah pengantin wanita dihadang oleh jawara (pendekar) kampung setempat yang dikisahkan juga menaruh hati kepada pengantin wanita. Maka terjadilah pertarungan silat di tengah jalan antara jawara-jawara penghadang dengan pendekar-pendekar pengiring pengantin pria yang tentu saja dimenangkan oleh para pengawal pengantin pria.
            Silat lalu berkembang dari ilmu beladiri dan seni tari rakyat, menjadi sebahagian dari pendidikan bela negara untuk menghadapi penjajah asing. Dalam sejarah perjuangan melawan penjajah Belanda. Silat saat ini telah diakui sebagai budaya suku Melayu dalam pengertian yang luas, iaitu para penduduk daerah pesisir pulau Sumatera dan Semenanjung Malaka, serta berbagai kelompok etnik lainnya yang menggunakan lingua franca bahasa Melayu di berbagai daerah di Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi, dan pulau-pulau lain-lainnya yang juga mengembangkan beladiri ini.

5.         MAKANAN MASYARAKAT JAWA.

5.1.      Nasi Ambeng.
Nasi Ambeng
            Nasi Ambeng merupakan salah satu warisan kesenian makanan bagi masyarakat Malaysia keturunan jawa. Biasa dihidangkan untuk menjamu jemputan di dalam kenduri kesyukuran, arwah atau marhaban. Menu Nasi Ambeng mengandungi nasi putih dengan lauk ayam masak kicap, paru goreng, ikan goreng, tempe goreng , sambal goreng, serunding dan rempeyek. Biasanya dimakan 4 atau 5 orang bersama di dalam satu dulang. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil). Lebihan Nasi Ambeng akan dibawa balik sebagai bekal untuk keluarga di rumah.

5.2.      Tempe.

Tempe Mentah
            Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari orang melayu suku jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berbeza. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
Tempe yang siap dibungkus untuk dijual.
            Tempe bermula dengan kacang soya mentah, yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu (ragi) yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk dipermukaan -- ia tidak berbahaya, walaupun tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan
            Tempe juga terkenal di Malaysia dan sangat popular terutamanya di daerah Klang kerana banyak penduduk yang berasal dari Indonesia telah mempopularkan makanan ini. Tempe khas turut boleh diperbuat daripada kekacang jenis lain, atau juga mengandungi campuran kacang dan bijiran. Tempeh bongrek adalah tempe Indonesia yang disediakan dengan campuran kelapa. Tempe jenis ini kadang-kala tercemar dan organisma yang tidak diingini menghasilkan toksin daripada kelapa. Masaalah ini tidak dihadapi oleh tempe yang diperbuat daripada kacang atau bijiran. Apabila tempa kacang atau bijiran mempunyai warna yang betul, tekstur, dan bau, ia merupakan petunjuk penting bahawa hasil itu adalah selamat.
            Di dapur, tempe sering kali disediakan dengan memotongnya kepada kepingan kecil, direndam dalam air garam, atau sos masin, dan digoreng dalam minyak. Tempe goreng boleh dimakan begitu sahaja, atau dicampur cili, sup, dan kuah. Tempe mempunyai pelbagai perisa yang telah digambarkan sebagai berkacang, berdaging, dan seperti cendawan. Tempe boleh didingin-beku dan tersedia dikebanyakan negara barat di pasaran etnik dan kedai makanan kesihatan.
            Masakan Melayu juga mengadaptasi sesetengah tradisi masakan jiran-jirannya, seperti rendang dari Minangkabau di Sumatra, dan satay dari Jawa, bagaimanapun orang Melayu telah membangunkan cita rasa dan resipi khas mereka yang tersendiri.








5.3.      Sate.
Sate Indonesia.

            Indonesia adalah asalnya sate; salah satu hidangan popular negara ini, ada banyak kelainan di serata Indonesia. Satay berasal dari Jawa dan Sumatra di Indonesia, dan diedarkan secara luas di sepanjang kepulauan Asia Tenggara. Ia masyhur secara luas dan umum dalam masakan Indonesia dengan variasi dan resipi kaya. Satay ayam Melayu dekat-dekat menyerupai satay Madura dengan kuah kacang pekat. Di Malaysia varian termasyhur adalah Satay Kajang.

5.4.      Pecal.

            Pecal adalah makanan yang paling popular berbanding nasi ambeng. Antara isi pecal ialah seperti sayur kangkung rebus, kacang panjang rebus dipotong-potong kecil, taugeh, sambal pecal (spt sambal kacang). Boleh juga letak sengkuang dicincang halus, dan mee kuning.      Sesetengah tempat, barangkali orang jawa Johor tidak menggunakan mee kuning hanya sayuran sahaja.
5.5.      Sambal Goreng Jawa


            Satu masakan yang sangat popular masakini, sering dihidangkan di majlis perkahwinan orang-orang jawa di Malaysia iaitu sambal goreng. Sebenarnya nak kata sambal bukan juga, kerana isinya lebih kepada sayuran kubis, soohon, ikan bilis, tauhu dan tempe yang ditumis dengan kicap. Pemodenan dan mengikut selera telah banyak mengubah bahan asal sambalm goring ini. Ada yang menambah petai, perut ayam dan usus atau perut (babat) lembu.









6.         PAKAIAN TRADISIONAL.

6.1.      Baju Kebaya.

            Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Malaysia dan Indonesia. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.
            Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.
Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.



6.2.      Pakaian Batik.



6.3.      Songkok.

            Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. [1]Di Indonesia, songkok jugadikenali dengan nama peci.

                                                     Sukarno memakai songkok.                                               Gambar rejimen askar Melayu                                                                                           memakai songkok ketika latihan










Pakaian lelaki masyarakat jawa.

7.         HIBURAN TRADISIONAL.

7.1.      Wayang Kulit.

WAYANG PURWO
            Wayang ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa. Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epic Mahabharata India. Begitupun, ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji. Secara keseluruhan patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung, iaitu mata Jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak pertapa. Alat Muzik wayang purwo berbeza dengan wayang lain kerana terdiri dari sebiji gong besar (agong), sebiji gong suwukan, satu set gambang, lima biji kempul, lima biji kenong, dua set gonder, satu slentem, satu set saron, satu set peking (saron penerus), satu set ketok/kompang, satu batang rebab dan satu biji gendang. Oleh itu, nada yang mengiringi persembahan wayang ini juga berlainan.Wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa namun dialek Melayu tempatan juga diselitkan dalam dialog cerita. Terdapat Dalang (pemain utama dan tukang cerita) dan pemain alat muzik dalam persembahan wayang kulit purwo.







7.2.      Angklung.







            Alunan bunyi angklung di Malaysia mulai terdengar sejak kedatangan masyarakat Ponorogo membawa kesenian Reog, dimana set gamelan yang mengiringinya adalah terdiri dari 2 angklung, kendang, sebuah saron, terompet, kempul dan gong. Mereka adalah kaum imigran yang didatangkan ke Malaya pada tahun 1930an dan bekerja diperkebunan karet atau ladang kelapa sawit. Selain dari pada itu ada juga diantara mereka yang kemudian datang secara bersendirian atau mungkin sebelumnya, telah datang membuka ladang-ladang baru. Maka untuk keperluan itu mereka juga membuat irigasi atau dalam bahasa Malaysia dikenal dengan nama Parit. Semakin lama semakin banyak parit-parit baru dibuka untuk mengairi ladang-ladang mereka. Sebagai penghargaan kepada pimpinan atau orang yang dituakan dalam suatu kelompok tertentu, para imigran bersepakat untuk memberikan nama pada permukiman yang ditempatinya dengan mengambil nama mereka untuk diabadikan seperti, Parit Kromo, Parit Wongso, Parit Bingan, Parit Warijo atau nama dari daerah asalnya seperti Parit Semarang, Parit Kudus ada juga nama Kampung Jawa, Kampung Pacitan.dan lain sebagainya

7.3.      Sastera Panji

            Karya panji ialah karya yang isinya berkisar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utamanya menggunakan gelaran panji. Sastera panji ialah kumpulan carita Jawa- Melayu yang semuanya berpusatkan Sang Panji, Putera Kuripan yang ada sifat mitologi. Cerita ini mengisahkan Panji yang berkelana untuk mencari kekasihnya yang biasa dinamakan Cendara Kirana Puteri Raja Daha yang hilang atau menyamarkan diri dan menjelma sebagai orang lain. Selama berkelana, Panji mengalami bermacam-macam peristiwa hingga akhirnya dapat juga bertemu dengan kekasihnya.


8.         PENUTUP.

            Kemasukan masyarakat Jawa daripada Indonesia melatari lanskap social Tanah Melayu. Mereka kini merupakan sebahagian Warga Malaysia dan terangkum dalam kumpulan Kaum Melayu. Keakraban perhubungan Suku Kaum jawa dan Melayu terserlah dalam pantun di bawah.
            “Kalau roboh kota Melaka,
            Papan di Jawa saya gantikan,
            Kalau sungguh bagai dikata,
            Badan dan nyawa saya serahkan.”
            Oleh kerana integrasi dan kahwin campur, penggunaan bahasa dan budaya telah turut bercampur dengan masyarakat tempatan. Ada dikalangan generasi muda Jawa telah tidak dapat menguasai bahasa atau tidak mengetahui budaya Jawa kerana telah diterapkan dengan bahasa dan budaya Malaysia.

7 comments:

  1. aku banga sangat membacanya rindu anak jawa dari asalnya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Boleh saya tahu senarai rujukan dalam artikel ni.

    ReplyDelete
  3. Info yang bermanfaat. Mohon copy info utk tugasan kertas kerja ya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, boleh saya dapatkan maklumat dari encik. Mohon jasa baik tuan untuk menghubungi saya di alamat emel maryamsayuti@gmail.com.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, boleh saya dapatkan maklumat dari encik. Mohon jasa baik tuan untuk menghubungi saya di alamat emel maryamsayuti@gmail.com.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...kalau boleh saya tahu di batu pahat kawasan manakah yang masih terdapat ramai masyarakat jawa ??
    sekian..

    ReplyDelete
  7. Info menarik. Jika boleh, tukar warna tulisan supaya lebih jelas Tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete