Tuesday 18 December 2012

Contoh Dasar Kurikulum Kelas


1.    Dasar Pengajaran dan Pembelajaran:

1.1.        Rasional:
Mengajar adalah tugas utama guru. Murid adalah sasaran pengajaran. Pencapaian murid dalam akademik menjadi kayu pengukur keberkesanan guru.
1.2.        Matlamat:
Ø Menjadi panduan guru dalam melaksanakan tugas.
Ø Membantu murid dalam pembelajaran.
Ø Melaksanakan dasar kurikulum sekolah.
1.3.        Panduan:
Ø Persediaan pra pengajaran
-         Persediaan guru
-         Pengetahuan sedia ada murid
-         Keselesaan murid
-         Kesediaan murid
Ø Ketetapan waktu
o   Rujuk jadual waktu
o    Masuk dan keluar kelas
o   Kehadiran murid dalam kelas
Ø Memaksimumkan pengajaran dengan murid
Ø Ada aktiviti lisan, bacaan dan tulisan untuk murid
Ø Ada kerja rumah untuk murid
Ø Memberi perhatian kepada murid lemah
Ø Menyemak kerja murid
Ø Ada pembetulan, pemulihan dan pengayaan
Ø Ada alat bantu mengajar yang bersesuaian dan menarik
Ø Tunjuk ajar semasa murid membuat latihan

2.    Dasar Minimum Latihan Murid:

2.1.        Bahasa Melayu:
Sasaran UPSR  lulus _____%
Ø Pembelajaran berbentuk lisan, bacaan dan tulisan
Ø Ada latihan bertulis setiap kali di hujung pengajaran mengikut tahap kebolehan
Ø Latihan penulisan karangan – 3 kali seminggu
Ø Latihan tatabahasa – 3 kali seminggu
Ø Latihan pemahaman – 3 kali seminggu
Ø Latihan kerja rumah – 3 kali seminggu
Ø 60% latihan KBKK
Ø Bilangan buku latihan 3 buah
Ø Murid menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan

2.2.        Bahasa Inggeris: 
Sasaran UPSR lulus      _____  %
Ø Pembelajaran berbentuk lisan, bacaan dan tulisan
Ø Penekanan kepada aktiviti lisan
Ø Latihan bertulis di hujung pengajaran mengikut kebolehan murid
Ø 50% latihan berbentuk penulisan
Ø 50% latihan berbentuk grammar
Ø Memerhati dan tunjuk ajar semasa murid membuat latihan
Ø Murid membuat pembetulan
Ø Ada pemulihan dan pengayaan
Ø Mengadakan aktiviti dan program yang menarik minat murid
Ø Kerja rumah seminggu 5 kali
Ø Bilangan buku latihan  _____  buah

2.3.        Matematik:
Sasaran pencapaian UPSR lulus     ______   %
Ø Ada latihan bertulis setiap kali di hujung pengajaran
Ø Latihan berbentuk mekanikal 10 soalan
Ø Latihan berbentuk permasalahan 5 soalan
Ø 60 % latihan bertumpu pada KBKK
Ø Murid membuat pembetulan
Ø Kerja rumah 3 kali seminggu
Ø Latihan sifir secara lisan
Ø Bilangan buku latihan  ____buah

2.4.        Sains:
Sasaran pencapaian UPSR lulus    _____   %
Ø Ada latihan bertulis setiap kali di hujung pengajaran
Ø Latihan bertulis berkualiti dan mencukupi
Ø Penerapan dan pengukuhan proses Sains
Ø Kerja rumah 3 kali seminggu
Ø 60% latihan berbentuk KBKK
Ø Murid membuat pembetulan
Ø Bilangan buku latihan   _____ buah


2.5.        Sivik dan Kenegaraan
Sasaran pencapaian PKSR 2     _____%
Ø Ada latihan / nota bertulis setiap kali di akhir pembelaaran
Ø 80% latihan berbentuk tulisan dan bacaan
Ø Periksa latihan murid
Ø Bilangan buku latihan / nota – 1 buah
Ø Ada alat bantu mengajar
Ø Latihan / soalan berbentuk lisan – kuiz dan sebagainya.


3.    Semakan buku latihan murid:

3.1.        Semakan buku latihan murid setiap hari atau selewat-lewatnya 3 hari
3.2.        Membetulkan kesalahan murid
3.3.        Menunjuk kesalahan latihan di hadapan murid
3.4.        Menilai perkembangan dan kebolehan murid
3.5.        Sebagai panduan untuk memperbaiki dan memajukan murid

4.    Penilaian:

4.1.        Mewujudkan satu sistem penilaian yang menjadi pengukur perkembangan dan kemajuan murid
4.2.        Menilai setiap mata pelajaran yang dipelajari murid
4.3.        Mencari usaha untuk memperbaiki dan memajukan pencapaian murid
4.4.        Menjadi satu rekod rujukan
4.5.        Mata pelajaran yang dinilai:
Ø Bahasa Melayu
-         Pemahaman
-         Penulisan
Ø Bahasa Inggeris
Ø Matematik
-         Kertas 1 (subektif)
-         Kertas 2 (objektif)
Ø Sains
Ø Pendidikan Agama Islam

4.6.        Jenis penilaian
Ø Penilaian bulanan –formatif – 3 kali setahun
Ø Penilaian penggal – sumatif - 2 kali setahun

4.7.        Gred pencapaian
Ø 80 – 100         A       Cemerlang
Ø 60 – 79           B       Baik
Ø 40 – 59           C       Sederhana
Ø 20 – 39           D       Lemah
Ø 0 – 19             E        Sangat lemah
Pencapaian gred D & E dianggap gagal

4.8.        Kad pelaporan
Ø Rekod penilaian bulanan dan penggal dipaparkan dihadapan kelas untuk tatapan murid
Ø Buku rekod PKSR untuk penilaian penggal untuk semakan ibubapa
4.9.        Lembaran Markah
Ø Dilengkapkan untuk simpanan guru dan sekolah
Ø Markah PKSR untuk asas mencari TOV
Ø Keputusan PKSR 2 diambil kira bagi anugerah akhir tahun

4.10.   Penggubalan soalan
Ø Ada JPU
Ø Tidak ditiru dari mana sumber secara terus
Ø Tahap KBKK soalan 60%
Ø Bilangan soalan mengikut format UPSR
Ø Kepayahan soalan bulanan mengikut tahap kebolehan purata kelas

No comments:

Post a Comment