Sunday, 25 November 2012

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM (BMMK) Pengenalan
Penggunaan bahasa dalam penguasaan dan penyampaian ilmu oleh murid-murid dalam bidang sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagianya adalah satu kemestian. Tanpa bahasa,apa sahaja aktiviti yang melibatkan proses-proses penguasaan dan penyebaran ilmu tidak mungkin dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna. Bahasa bukanlah media yang pasif untuk menerima pelajaran, sebaliknya bahasa adalah alat penting untuk membentuk dan menyampaikan konsep-konsep utama sesuatu pelajaran . Oleh tu, pemerolehan ilmu bukanlah melalui bahasa, tetapi berlaku dengan bahasa.
Oleh itu, Bahasa Melayu Merentas Kurikulum perlu diberi perhatian yang serius dan dijadikan dasar dalam sistem pendidikan. Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulm (BMMK) adalah disesuaikan daripada idea ³Language Across the Curriculum´ yang lahir daripada kajian jawatankuasa Bullock (1975). Perakuan 138 dan 139 dalam laporan jawatankuasa tersebut menekankan kepentingan bahasa dalam pembelajaran dan kurikulm sekolah.
Menurut perakuan 138, ada ditegaskan bahawa semua guru mata pelajaran perlu sedar akan keupayaan murid-murid memperoleh maklumat dan pemahaman tentang sesuatu ilmu melalui proses linguistik dan implikasinya adalah bahasa yang digunakan oleh guru itu sendiri sebagai teladan. Selain itu, permintaan untuk pembacaan bahan ilmiah perlu dipenuhi dan disediakan untuk murid-murid.
Perakuan 139 pula mengesyorkan supaya setiap sekolah perlu mempunyai dasar bahasa merentas kurikulum bagi memastiakn keberkesanan ilmu pengetahuan dalam bahasa yang sistematik. Tanggungjawab terhadap dasar ini perlu disepadukan ke dalam struktur organisasi sesebuah sekolah.
Perakuan daripada Laporan Bullock ini menunjukkan betapa pentingnya proses linguistik untuk penguasaan maklumat di kalangan murid. Seterusnya Laporan Bullock memperakukan keperluan satu dasar bahasa merentas kurikulum yang dipertanggungjawabkan dalam satu prsarana yang kukuh pada peringkat sekolah.
Ekoran daripada Laporan Bullock (1975) itu, banyak lah kajian dan penyelidikan yang dibuat tentang bahasa merentas kurikulm. Di anataranya termasuklah penyelidikan yang dilakukan oleh :
  1. Michael Marland (1977) yang mengatakan bahawa pembelajaran mata pelajaarn akan lebih berkesan jika pihak sekola mancari idea, pemikiran dan waktu untuk membantu perkembangan bahasa murid-murid.
  2. Halliday , M.A.K (1985) pula merujuk kepada varisi dalam bahasa sebagai laras (register variataion) yang mana, cirinya menumpu kepada struktur bahasa termasuklah gaya yang sesuai bagi mata pelajaran tertentu. Conyohnya, guru sains mencadnagkan laporan sains yang dimulakan dengan eksperimen , diikuti alatan yang digunakan, aplikasi kaedah, keputusan daripada pemerhatian, dan diakhiri dengan perolehan prinsip-prinsip.
  3. Makhan L. Tickoo (1986) yang menyatakan bahawa bahasa merentas kurikulum adalah untuk meningkatkan mutu penggunaan bahasa di sekolah.
Rasioanal Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
Di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Konsep BMMK lebih tertumpu kepada aspek penggunaan bahasa Melayu yang bermutu sebagai bahasa penagantar yang unggul dan dinamis untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kurikulum sekolah. Untuk mengetahui bahasa sahaja belum mencukupi, tetapi penguasaan bahasa mestilah mencapai peringkat penghayatan. Ada beberapa faktor mengapa usaha perlu digemblengkan kearah meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Antaranya :
  1. Proses pembakuan bahasa Melayu membawa perubahan yang amat pesat dalam ssistem ejaan, perkamusan, tatabahasa, dan pengistilahan ilmu pengetahuan supaya pengunaan bahasa Melayu tidak ketinggalan di belakang.
  2. Pembentukan sistem ejaan baru pada awak tahun 1970-an tidak dapat dimasyarakatkan sepenuhnya sepenuhnya kerana sehingga kini masih terdapat kesalahan ejaan di papan-papan kenyataan dan dalam penulisan akademik.
  3. Penciptaan istilah bahasa Melayu berlaku dengan pesat sekali untuk mengungkapkan segala bidang ilmu diajarkan.
  4. Sikap suka tidak merujuk kamus juga menyebabkan penuturan bahasa Melayu masih tidak lagi menggunakan khazanah perbendaharaan kata dan kosa kata yang sudah ada dalam kamus sejak awal tahun 1970-an.
  5. Wujudnya bahan-bahan bahasa Melayu yang kurang bermutu dari segi ejaan, tatabahasa serta tidak selaras dalam penggunaan istilah. Penggunaan bahasa Melayu yang kurang bermutu member impak terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam system pendidikan kita.
Perlaksanaan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
Konsep bahasa Melayu merentas kurikulum dalam sistem pendidikan merangkumi aspek penggunaan bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar yang unggul dan dinamis untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi setiap mata pelajaran. Keselarasan dan keseragaman dalam penggunaan bahasa Malaysia diharap akan dapat memperkukuh dna memantapkan identiti bangsa dan negaramelalui saluran pendidikan.
Perlaksanaan Bahasa Melayu Merentas Kurikulum dalam KBSM sudahpun bermula pada tahun
1988. Melalui orientasi bahasa Melayu dan semua mata pelajaran KBSM, pada peringkat pusat, para kakitangan sumber didedahkan dengan konsep dan strategi BMMK yang melibatkan tiga aspek penting iaitu guru, murid dan bahan.
GURU
  1. Guru sebagai model kepada murid di mana guru perlu meningkatkan kecekapan berbahasa supaya dapat menyampaikan pengajaran denagn bahasa yang bermutu, tepat, dengan gaya yang laras serta gramatis.
  2. Guru hendaklah meninggalakan amalan mengutamakan penyampaian fakta dan isi sesuatu mata pelajaran tanpa mengambil kira mengira bahasa yang digunakan.
  3. Guru perlu mengambil berat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang bermutu dan sentiasa peka terhadap perubahan istilah.
  4. Guru harus peka penggunaan bahasa yang digunakan oleh murid-murid.
  5. Guru haruslah membetulkan kesalahan bahasa atau ketidaksesuaian bahasa dengan ilmu yang hendak disampaikan.
Murid
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sepatutnya memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan bahasa secara meluas supaya kecekapan berbahasa dapat ditingkatkan dalam penguasaan ilmu, nilai dan sahsiah diri murid. Ini termasuklah:
  1. Mengadakan aktiviti berasaskan kerjasama bagi menggalakkan bahasa Melayu di kalangan murid seperti aktiviti berkumpulan, simulasi, main peranan dan sebagainya.
  2. Menggalakkan murid menggunakan bahasa Melayu dengan mengamalkan kemahiran belajar dan berfikir untuk mendapatkan maklumat.
  3. Mengembangkan sesuatu daripada pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid melalui aktiviti yang dilakukan sebelum dan selepas pelajaran sebagai aktiviti pengukuhan dan lanjutan.
  4. Mewujudkan suasana pembelajaran yan g selesa supaya murid berminat dan berani mengemukakan soalan serta menjawab penuh yakin menggunakan bahasa Melayu.
  5. Menggalakkan murid menggunakan bahan sumber seperti indeks, glosari, kamus, akhbar, majalah dan lain-lain.
Dengan terbentuknya suasana pembelajaran yang mendorong penggunaan bahasa secara meluas, secara tidak langsung murid-murid akan berpeluang memperbaiki dan meningkatkan kecekapan berbahasa . Pada masa yang sama, guru perlu membuat penilain terhadap kerja murid, meneliti aspek berbahasa murid dan memperbaikinya secara berperingkat.
Bahan
Penggunaan bahan yang sesuai ada kaitan dengan guru dan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran.
  1. Bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dipastikan mempunyai nilai bahasa yang betul, gramatis dan tepat.
  2. Sumber rujukan pula daripada buku-buku ilmiah, majalah, akhbar, dan buku teks perlu diteliti gaya bahasanya supaya selaras dan sesuai.
  3. Guru perlu terlebih dahulu memperbaiki bahasa dalam bahan-bahan sumber tertentu dan membuat perbincangan dengan murid mengenai kesusuaian bahasa yang digunakan.
Penutup
Setiap guru haruslah menguasai bahasa Melayu dengan baik bagi melaksanakan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum di bilik darjah dan sekolah. Guru merupakan tunjang yang dipertanggungjawabkan menyediakan landasan bahasa yang kukuh kepada murid-murid supaya dapat menyambung usaha perkembangan bahasa denagn lebih pesat. Ini kerana ,
³semua guru adalah guru bahasa´.
Bagi guru yang belum menguasai bahasa Melayu yang bermutu, mereka masih berpeluang mengikuti kursus, bengkel, seminar, dan membaca buku-buku tentang tatabahasa dan jurnal bahasa yang terkini agar dapat melaksanakan konsep BMMK secara berkesan demi memartabatkan bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan , bahasa ilmu dan bahasa rasmi negara.
Istitusi pengajian terutama sekolah hendaklah mengambil tempat di barisan hadapan dalam usaha melaksanakan dasar dan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum demi keberkesanan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pelbagai mata pelajaran

No comments:

Post a Comment