Sunday, 25 November 2012

Pengertian Objektivisme dan Konstruktivisme dan perbezaan antara kedua-duanya.

            Konstruktivisme merupakan proses pengajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan ini dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya. Pembelajaran konstruktual merujuk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan isi pengajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Dalam pembelajaran konstruktual, pelajar akan melalui satu atau lebih bentuk pembelajaran yang dkenali sebagai REACT iaitu:
            - R (relating / menghubungkait)
            - E (experiencing / mengalami)
            - A (applying / mengaplikasikan)
            - C (cooperating / bekerjasama)
            - T (tranfering / memindahkan)
            Konstruktivisme adalah berpusat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid hadir ke sekolah dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman yang pelbagai. Oleh itu tugas guru menambah baik dan memberi idea baru. Kemungkinan murid akan menerima pandangan baru atau menolak pandangan tersebut berdasarkan kesesuai dengan pengetahuan dan kesesuaian kepada murid tersebut. Idea baru dibina sendiri oleh murid setelah disuaikan dengan pengalaman lampau dan idea sedia ada.
            Asas konstruktivisme ialah:
            -Murid membina , meruntuh dan membina semula pengetahuan mereka
            -Membina, meruntuh dan membina semula suatu pembelajaran
            -Pembelajaran berlaku apabila murid menyusun semula idea sedia ada dengan
 menghubungkaitkan idea baru dengan lama.
            Pembelajaran berpusat murid memberi ruang untuk murid terlibat aktif dalam bilik darjah. Murid akan belajar dengan lebih minat dan dapat membina pengetahuan dengan usaha mencari sendiri pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia ada murid sendiri. Gabungan pengetahuan sendiri, idea lama dan idea baru memberi murid ilmu pengetahuan baru. Di sinilah murid belajar dengan cara yang menyeronokkan.
            Pembelajaran konstruktivisme menjadikan guru sebagai model peranan, jurulatih, perancah, pembimbing, pengawal, penunjuk ajar dan pemerhati. Murid melakukan aktiviti kendiri manakala guru membantu murid.
            Objektivisme adalah pengajaran berpusat guru. Guru merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran. Guru menetapkan objektif apa yang mahu dicapai oelh murid. Guru mahu memastikan murid mencapai objektif ekplisit dan implisit. Guru perlu merancang pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan aras pengetahuan murid. Guru akan menetapkan satu sasaran seperti sepuluh soalan yang perlu murid jawab dan murid akan mencapai sasaran mengikut aras kebolehan. Objektif yang akan dicapai oleh murid talah ditetapkan dalam perancangan pengajaran.
            Guru akan mengawal dan meaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid hanya mengikut arahan dan memberi maklum balas apa yang diajar oleh guru. Murid melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Kebanyakan aktiviti adalah iktiviti individu. Guru akan dapat mengetahui kebolehan, kemahiran dan aras pengetahuan murid melalui pengajaran berpusat guru. Ini kerana murid akan menunjukkan kemahiran individu.

5 comments: